
Saya bertemu dengan seorang sahabat yang akan berkahwin di dalam masa 10 hari lagi. Beliau bertanya saya, “apa hang rasa kalau lagi sepuluh hari nak kahwin?”
“Rasa
macam tak nak kahwin,” jawab saya dengan spontan, diikuti dengan
sambutan ketawa daripada seorang rakan lain yang berada di situ.
“Takut culture shock ka?” Tanya rakan ketiga itu.
“Dak, tetapi memang perkara biasa untuk depa yang nak berkahwin. Depa akan rasa macam tu.” Saya menjelaskan.
“Dulu, aku rasa macam Zaidi rasa juga.Bila aku confuse, aku telefon tanya sorang member aku.” Saya menceritakan pengalaman.
“Dia cerita kat aku satu hadith yang buat aku faham pasai
apa aku rasa macam tu.” Saya menambah. Sebuah hadith yang menyatakan
bahawa kerja-kerja menceraikan manusia merupakan kerja-kerja mulia
syaitan. Sekaligus membuat saya faham kenapa perasaan tidak ingin
berkahwin boleh terbit di saat-saat akhir.
Kedua-dua
sahabat mendengar hadith yang saya ulangi, walaupun mata masing-masing
tertumpu ke arah layar TV besar .. ulang tayang Chelsea melawan
Liverpool.
Imam Muslim merekodkan sebuah hadith
daripada Jabir r.a.. Katanya Rasulullah s.a.w. bersabda,“Sesungguhnya
iblis meletakkan singgahsananya di atas lautan. Kemudian ia mengirimkan
bala tenteranya. Tentera yang paling hampir kedudukannya dengan iblis
adalah yang menimbulkan fitnah paling besar kepada manusia. Seorang
daripada mereka datang dan berkata, ‘Aku telah lakukan ini dan itu.’
Iblis menjawab, ‘Engkau belum melakukan apa-apa.”
Nabi
shallallaahu ‘alaihi wa sallam melanjutkan, “Lalu datanglah seorang
daripada mereka dan berkata, ‘Tidaklah aku meninggalkannya sehingga aku
telah berhasil memisahkan dia (suami) dan isterinya.’’ Beliau
melanjutkan, ‘Lalu iblis mendekatkan kedudukannya. Iblis berkata,
‘Sebaik-baik pekerjaan adalah yang telah engkau lakukan.” [1]
Rujukan
[1] http://hadith.al-islam.com ; Sahih Muslim, #5032
Ada apa-apa nak komen?
No comments :
Post a Comment