Wednesday 23 December 2015

5 Benda Yang Digilai Wanita Terhadap Lelaki

What makes women happy? Percaya atau tidak, usaha yang kecil membuatkan wanita berpuas hati terhadap perhubungan. Anda tentu tidak mempunyai masalah dari segi kerjaya, kewangan mahupun rupa, tetapi mengapa masih solo? 5 perkara ini mungkin boleh membongkar rahsia apa yang dimahukan wanita terhadap anda.

 MASA

Wanita gemar menghabiskan masa bersama pasangan setiap hari. Sebanyak 24 peratus wanita yang mendakwa tidak gembira di dalam perhubungan menghabiskan kurang dari lima minit sehari bersama pasangan. Sekurang-kurangnya, wanita selesa dan bersyukur apabila anda berjaya meluangkan masa selama tiga puluh minit bersama. Maka, tolak tepi tablet, iPad atau apa saja alat elektronik kerana ia boleh mendatangkan jurang buat anda.

PENGHARGAAN

Hari ini, wanita yang tidak bekerja juga layak menerima penghargaan dari anda kerana tugas menjaga anak dan menguruskan rumahtangga bukanlah tugas yang mudah. Cara anda menghargai wnaita adalah dengan menjadi pendengar yang setia. Keletihan menguruskan rumah atau keletihan balik dari kerja juga akan lebih menyenangkan jika anda melayan kerenah pasangan anda.

MEMAHAMI

Ramai wanita mengimpikan lelaki yang memahami mereka meskipun lelaki dikatakan kurang gemar mendengar. Biarpun anda kurang gemar mendengar cerita pasangan, meluangkan masa selama 30 minit sudah mencukupi. Jika anda sentiasa memahami masalah pasangan anda, si dia tidak akan merasa keseorangan malah menjadi kekuatan buat wanita.

KESERONOKAN

Kebahagian semestinya hangat ketika awal perkenalan atau awal perkahwinan. Saban tahun, faktor lain akan menyebabkan hubungan yang dibina semakin membosankan. Wanita gemar jika anda melakukan kejutan kerana ia menandakan anda masih ingat kejutan yang kerap anda lakukan ketika mengurat si dia. Tetapkan tarikh untuk berdating pada malam hari sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu. Ketika inilah anda berpeluang bercerita apa saja perkara mencuit hati.

GERAK GERI

Pelukan, ciuman dan panggilan 'kejutan' atau tidak terjangka dengan mengatakan "I love you" merupakan perkara yang menyenangkan buat kebanyakan wanita. Wanita suka kejutan malah gemar jika anda menggunakan syarat gerak geri ketika melayan mereka. Perlakuan seumpama ini merupakan jaminan untuk hubungna yang lebih berpanjangan dan selamat di alam rumahtangga.

Bagi yang sudah berumahtangga, tip ini jangan dipandang enteng. Boleh jadi ia penyelesai kepada masalah hubungan yang sedang cuba anda atasi. Manakala buat anda yang masih mencari, ini mungkin mengajar anda untuk menjadi kekasih yang lebih digilai. Selamat bercinta!


http://maskulin.karangkraf.com/maskulinator-zone/5-benda-yang-digilai-wanita-terhadap-lelaki-1.200606




Read More »

Monday 14 December 2015

Inilah Kelebihan Air Kelapa Untuk Wanita

Sesiapa saja pasti menggemari air kelapa. Namun, air kelapa lebih popular menerusi rasanya yang ringan, mampu melegakan dahaga dan menyejukkan badan. Tak ramai yang tahu khasiat tersembunyi air kelapa dari segi kesihatan dan kecantikan.


1. Turunkan berat badan

Air kelapa mengandungi lemak yang sangat rendah maka pengambilan yang banyak bukanlah satu masalah untuk anda yang mengamalkan diet. Malah, air kelapa membantu meningkatkan selera makan dan mengenyangkan kerana kaya dengan khasiat semulajadi.
 

2. Rawat masalah kulit

Bagi anda yang mempunyai kulit bermasalah seperti jerawat, parut dan gatal kemerahan, membasuh kulit dengan air kelapa bertindak membantu merawat dan melembapkan kulit. Hal ini terbukti apabila kebanyakan produk seperti krim wajah, syampu, perapi dan losen badan mengandungi ekstrak kelapa dikatakan lebih berkesan.

3. Hilangkan perut yang kurang selesa

Setiap kali anda berdepan dengan masalah perut, meminum air kelapa membantu memberi keselesaan pada perut. Air kelapa dikatakan boleh menggantikan cecair yang hilang dari tubuh akibat kekerapan kencing dan muntah.

4. Atasi pedih hulu hati

Kandungan serat yang tinggi di dalam air kelapa mampu mengelak masalah kurang hadam dan membantu mengurangkan masalah 'acid reflux'.Air kelapa mampu memberi rasa lega pada perut.

5. Tingkat hidrasi tubuh

Sangat berkesan untuk menghidrat tubuh badan lebih-lebih lagi selepas bersukan dan dijadikan minuman tenaga. Ketika bersukan, tubuh badan kehilangan banyak cecair dan mineral. Air kelapa menjadi pengganti cecair yang baik kerana mengandungi 284 mg potasium dan 5 mg gula semulajadi lebih baik berbanding minuman tenaga yang biasa diambil.
 

6. Kurangkan tekanan darah

Kandungan elektrolit yang tidak seimbang boleh mengakibatkan tekanan darah tinggi berbanding air kelapa yang mengandungi kandungan yang sangat mencukupi yang diperlukan oleh tubuh badan. Anda disarankan untuk mengambil air kelapa setiap permulaan hari untuk mengimbangi elektrolit.

7. Kaya dengan nutrisi

Berbeza dengan minuman tenaga yang terdapat di pasaran, air kelapa mengandungi lima elektrolit penting di dalam badan termasuk kalsium, magnesium, fosforus, kalium dan natrium. Disebabkan kandungannya yang unik, air kelapa bukan saja boleh dinikmati tetapi juga boleh digunakan untuk perubatan.

8. Serasi dengan darah manusia

Memandangkan air kelapa merupakan isotonik kepada plasma manusia, air kelapa boleh digunakan di dalam kecemasan kerana boleh mempercepatkan penghidratan semula dalam badan. Air kelapa sering menjadi penyelamat nyawa manusia di negara dunia ketiga.

Selepas ini, anda tidak perlu lagi risau dengan mengambil kira kekerapan minum air kelapa kerana ia tidaklah memudaratkan sebaliknya mendatangkan kebaikan. Mencari air kelapa di saat cuaca sedang panas membahang pun menarik juga. Jom!


http://www.mingguanwanita.my/pilihan-mw/inilah-kelebihan-air-kelapa-untuk-wanita-1.459070
Read More »

10 Perkara 'Jauhkan' Kita Dari Rezeki

Soal rezeki bukan kena ambil tahu cara untuk menjemput sahaja, tapi bab nak kena elak pun cukup penting.

1. Jangan lupa hulur pada mak ayah atau adik beradik yang susah, mungkin tak banyak tapi itu sangat bernilai bagi mereka sebagai tanda ingatan.

2. Jangan terlalu ghairah ingin nak kejar status insan yang berjaya sampai lupakan bab hukum agama.

3. Jangan berhenti mencari ilmu. Perkataan ilmu disebut beratus kali dalam Al Quran. Itulah rahsia murah rezeki yang hakiki.

4. Jangan bersikap tamak kerana ada bahagian rezeki kita yang punya, tetapi ada bahagian rezeki orang lain punya. Semuanya Allah sudah ditentukan, pasti ada sebab dan musabab.

5. Jangan membazir. Maksud di sini bukan sahaja bazir wang. Tetapi jangan membazir masa juga

6. Jangan lupa bersyukur dengan pemberianNya walau sekecil mana.

7. Jangan suka cari silap orang lain, kalau itu yang kita cari, memang kesalahan yang kita akan jumpa. Cari salah silap diri dahulu untuk diperbaiki.

8. Jangan mudah bergaduh sesama suami isteri. Nanti senang sangat pintu rezeki tertutup.

9. Jangan lupa jaga solat lima waktu dan beri ruang untuk diri buat solat Dhuha setiap hari.

10. Jangan kejar harta kebendaan tetapi kejar rezeki yang berkat. Harta kebendaan mungkin memuaskan diri, tetapi rezeki yang berkat akan puaskan rohani.

Kita nampak beberapa perkara ini mudah nak amal tapi percayalah, ada yang langsung tak pernah buat. Masih belum terlambat, anda boleh mulakan hari ini dengan niat yang baik untuk kehidupan yang lebih sempurna. In shaa Allah...

Tambah pula jika sudah berumah tangga, haruslah mahu 'kembangkan' rezeki yang ada untuk berkongsi dengan orang-orang yang kita sayang. Cuba anda semak balik apa yang perlu ditolak ketepi untuk pungut rezeki yang berkat...
Read More »

10 Kunci Buka Pintu Rezeki Suami Isteri

Bahagia paling mudah dalam keluarga adalah apabila kita ada masa untuk berkomunikasi dan bergurau senda bersama mereka. Sebagai bonus, ukhuwah yang diikat mampu bagi pulangan rezeki yang berganda. Tapi percaya atau tidak, 10 cara ini mampu alirkan rezeki buat anda dan keluarga tersayang. Jom, amalkan...

1. Curi masa untuk bermesra dan gembirakan sentiasa pasangan hidup.

2. Jangan kedekut untuk belanja pansangan beli sesuatu. Ingat ya suami, duit yang anda keluarkan pada isteri itu mampu gandakan rezeki anda setiap hari. Sila amalkan!

3. Tak payah mengeluh kalau tetiba tahu isteri hamil lagi. Makin ramai anak, makin terbuka pintu-pintu rezeki dalam keluarga.

4. Makan bersama anak-anak dan isteri lagi banyak rezeki yang muncul.

5. Biasakan perkataan dan bahasa yang lembut bersama suami dan isteri. Lagi manis kalau ada panggilan manja.

6. Pujuklah dan cuba tenangkan hati isteri ketika resah dia gelisah dan bersedih.

7. Cium dan peluk isteri sebelum keluar kerja.

8. Salam dan cium tangan suami sebelum suami keluar rumah.

9. Melayan karenah anak-anak sehabis mampu.

10. Bergurau senda bersama suami isteri sebelum tidur waktu malam.

http://www.mingguanwanita.my/info-psikologi/10-kunci-buka-pintu-rezeki-suami-isteri-1.457116
Read More »

6 Tip Ini Tambah Duit 'Laki Bini'

Jangan terkejut, ada di kalangan kita sanggup ikat perut demi memastikan bajet bulanan berjaya. Banyak keluhan diluahkan yang mana majoritinya datang dari para isteri. Hendak menyimpan pun susah, apatah lagi berbelanja untuk diri sendiri. Apa kata anda ikut tip ini...

1. Nak selamat, senaraikan keperluan keluarga dalam tempoh sebulan seperti bajet untuk barang dapur, bil, ansuran kereta dan sebagainya.

2. Kena disiplinkan diri dan bijak membezakan antara keperluan atau kehendak.

3. Isikan masa terluang dengan menjalankan perniagaan mudah di dalam talian seperti pakaian, makanan dan lain-lain.

 4. Semai tabiat menabung walaupun RM5 sehari. Ingat, sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit.

5. Cuba gunakan kaedah wang sampul. Asingkan wang gaji mengikut keperluan. Anda hanya ‘dibenarkan’ mengambil wang yang tertulis ‘perbelanjaan harian’ sahaja.

6. Bawalah bekal ke tempat kerja sebagai amalan. Sedar atau tidak anda sebenarnya menjimatkan paling tidak RM10 untuk makan tengah hari.

http://www.mingguanwanita.my/info-psikologi/6-tip-ini-tambah-duit-laki-bini-1.459493
Read More »

Hukum Cerai Taklik Pilihan Kepada Isteri Sekiranya Suami Berpoligami


Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-71 yang bersidang pada 22-24 Nov 2005 telah membincangkan Hukum Cerai Taklik Pilihan Kepada Isteri Sekiranya Suami Berpoligami. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

  • Di dalam Islam poligami adalah diharuskan. Oleh itu dengan mengambilkira hikmah poligami yang telah disyariatkan, Muzakarah memutuskan bahawa cadangan memasukkan lafaz cerai taklik sekiranya suami berpoligami tidak perlu dilaksanakan.
  • Muzakarah juga berpandangan bahawa Undang-Undang Keluarga Islam yang sedia ada telah lengkap dan mencakupi semua isu berkaitan institusi keluarga Islam. Sehubungan itu sebarang pindaan undang-undang bagi tujuan penambahan lafaz cerai taklik ini adalah tidak diperlukan.


http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-cerai-taklik-pilihan-kepada-isteri-sekiranya-suami-berpoligami
Read More »

Jejaka Sedang Cari Jodoh

cari jodoh
Jejaka berusia 31 tahun ini bernama hairieamran. Berasal dari Petaling Jaya, Selangor dan kini menetap di Kajang. Beliau bekerja dibidang perbankan sebagai pegawai operasi.

Beliau pernah menjadikan hubungan beberapa tahun yang lalu, namun tidak kekal kerana wujudnya orang ketiga. Beliau menyukai masakan melayu dan buku kegemaran beliau ialah Rich Dad Poor Dad.

1) Klik sini untuk berdaftar di myJodoh dan ikuti semua prosedur pendaftaran. Isi semua maklumat yang diminta oleh sistem pendaftaran. Muat naik foto ke myJodoh.

2) Lakukan pembayaran pendaftaran. Maklumat boleh di dapati di sini.

3) Hantar pesanan kepada beliau untuk berkenalan .. minta nombor telefon, minta FB, minta SKYPE etc etc ..  Maklumat diri meme : http://www.myjodoh.net/?mod=user_show&id=196194

Selamat mencari jodoh!

Read More »