Monday 14 December 2015

Hukum Cerai Taklik Pilihan Kepada Isteri Sekiranya Suami Berpoligami


Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-71 yang bersidang pada 22-24 Nov 2005 telah membincangkan Hukum Cerai Taklik Pilihan Kepada Isteri Sekiranya Suami Berpoligami. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

  • Di dalam Islam poligami adalah diharuskan. Oleh itu dengan mengambilkira hikmah poligami yang telah disyariatkan, Muzakarah memutuskan bahawa cadangan memasukkan lafaz cerai taklik sekiranya suami berpoligami tidak perlu dilaksanakan.
  • Muzakarah juga berpandangan bahawa Undang-Undang Keluarga Islam yang sedia ada telah lengkap dan mencakupi semua isu berkaitan institusi keluarga Islam. Sehubungan itu sebarang pindaan undang-undang bagi tujuan penambahan lafaz cerai taklik ini adalah tidak diperlukan.


http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-cerai-taklik-pilihan-kepada-isteri-sekiranya-suami-berpoligami
Ada apa-apa nak komen?

1 comment :

  1. saya rasa y usulkan isteri diberi pilihan utk cerai taklik ni msty peguam wanita jugak. peguam wanita selalunya senang touching dengar masalah client nya, so usul macamni mmg utk keistimewaan dan hak-hak wanita di naik kn utk kemaslahatan wanita sendiri, tp saya xrasa pun usul macam ni bole diteruskan. saya xsetuju la, pandangan je.

    ReplyDelete