What makes women happy? Percaya atau tidak, usaha yang kecil membuatkan wanita berpuas hati terhadap perhubungan. Anda tentu tidak mempunyai masalah dari segi kerjaya, kewangan mahupun rupa, tetapi mengapa masih solo? 5 perkara ini mungkin boleh membongkar rahsia apa yang dimahukan wanita terhadap anda.
Bagi yang sudah berumahtangga, tip ini jangan dipandang enteng. Boleh jadi ia penyelesai kepada masalah hubungan yang sedang cuba anda atasi. Manakala buat anda yang masih mencari, ini mungkin mengajar anda untuk menjadi kekasih yang lebih digilai. Selamat bercinta!
http://maskulin.karangkraf.com/maskulinator-zone/5-benda-yang-digilai-wanita-terhadap-lelaki-1.200606
Read More »
MASA
Wanita gemar menghabiskan masa bersama pasangan setiap hari. Sebanyak 24 peratus wanita yang mendakwa tidak gembira di dalam perhubungan menghabiskan kurang dari lima minit sehari bersama pasangan. Sekurang-kurangnya, wanita selesa dan bersyukur apabila anda berjaya meluangkan masa selama tiga puluh minit bersama. Maka, tolak tepi tablet, iPad atau apa saja alat elektronik kerana ia boleh mendatangkan jurang buat anda.PENGHARGAAN
Hari ini, wanita yang tidak bekerja juga layak menerima penghargaan dari anda kerana tugas menjaga anak dan menguruskan rumahtangga bukanlah tugas yang mudah. Cara anda menghargai wnaita adalah dengan menjadi pendengar yang setia. Keletihan menguruskan rumah atau keletihan balik dari kerja juga akan lebih menyenangkan jika anda melayan kerenah pasangan anda.MEMAHAMI
Ramai wanita mengimpikan lelaki yang memahami mereka meskipun lelaki dikatakan kurang gemar mendengar. Biarpun anda kurang gemar mendengar cerita pasangan, meluangkan masa selama 30 minit sudah mencukupi. Jika anda sentiasa memahami masalah pasangan anda, si dia tidak akan merasa keseorangan malah menjadi kekuatan buat wanita.KESERONOKAN
Kebahagian semestinya hangat ketika awal perkenalan atau awal perkahwinan. Saban tahun, faktor lain akan menyebabkan hubungan yang dibina semakin membosankan. Wanita gemar jika anda melakukan kejutan kerana ia menandakan anda masih ingat kejutan yang kerap anda lakukan ketika mengurat si dia. Tetapkan tarikh untuk berdating pada malam hari sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu. Ketika inilah anda berpeluang bercerita apa saja perkara mencuit hati.GERAK GERI
Pelukan, ciuman dan panggilan 'kejutan' atau tidak terjangka dengan mengatakan "I love you" merupakan perkara yang menyenangkan buat kebanyakan wanita. Wanita suka kejutan malah gemar jika anda menggunakan syarat gerak geri ketika melayan mereka. Perlakuan seumpama ini merupakan jaminan untuk hubungna yang lebih berpanjangan dan selamat di alam rumahtangga.Bagi yang sudah berumahtangga, tip ini jangan dipandang enteng. Boleh jadi ia penyelesai kepada masalah hubungan yang sedang cuba anda atasi. Manakala buat anda yang masih mencari, ini mungkin mengajar anda untuk menjadi kekasih yang lebih digilai. Selamat bercinta!
http://maskulin.karangkraf.com/maskulinator-zone/5-benda-yang-digilai-wanita-terhadap-lelaki-1.200606